Showing posts with label projek. Show all posts
Showing posts with label projek. Show all posts

Sebelum Dan Selepas

Berikut adalah keadaan makmal sebelum dan selepas penambahbaikan.

1. Dinding di Luar Makmal
SEBELUM:
Dinding di luar makmal berwarna kekuningan dan tidak mempunyai mural.


SELEPAS:
Dinding di luar makmal telah di cat semula dengan warna ungu dan telah dilukis mural mengenai Rantai Makanan. 




2. Keadaan di Dalam Makmal
SEBELUM:
Susunan kerusi meja serta alat dan radas sains yang berada di rak bahagian belakang makmal.




SELEPAS:
Susunan dan keadaan kerus meja serta radas dan alat Sains di rak bahagian belakang makmal:


3. Meja Persediaan
SEBELUM:
Makmal Sains tidak mempunyai Meja Persediaan untuk persediaan bahan-bahan eksperimen.

SELEPAS:
Meja Persediaan disediakan di bahagian belakang makmal.

4. Peraturan Makmal
SEBELUM:
Meja untuk menayangkan Alat Bantu Mengajar dan hasil kerja pelajar. 


SELEPAS:
Keadaan meja untuk menayangkan Alat Bantu Mengajar dan hasil kerja pelajar. 


5. Meja sinki 
SEBELUM:
Keadaan meja sinki sebelum penambahbaikan. 

SELEPAS:
Keadaan meja sinki yang telah dilapis dan telah dihiasi dengan 3 buah akuarium yang mempunyai 4 ekor ikan. Tumbuhan dan haiwan yang telah diawet juga diletakkan di meja sinki ini.


6. Carta Organisasi
SEBELUM:
Carta organisasi Panitia Sains

SELEPAS:
Carta Organisasi telah diperbesarkan untuk lebih jelas.




7. Peraturan Sebelum Memasuki Makmal Sains
SEBELUM:
Tiada peraturan sebelum memasuki makmal.

SELEPAS:
Adanya peraturan sebelum memasuki makmal. 


8. Simbol-simbol di makmal
SEBELUM:
Warna simbol telah pudar. 

SELEPAS:


9.Senarai tugas guru di makmal
SEBELUM:
Senarai tugas guru sains di makmal diletakkan di dalam fail.



SELEPAS:
Tugas guru sains di makmal dilekatkan bersebelahan dengan meja guru.

10. Prosedur Pertolongan Cemas dan jenis-jenis kecederaan dan cara merawat.
SEBELUM:
Prosedur pertolongan cemas di dalam peti pertolongan cemas.

SELEPAS:
Prosedur pertolongasn cemas dan jenis-jenis kecederaan serta cara merawat dilekatkan di dinding.


11. Taman Herba
SEBELUM :
Pasu bunga pada rak tidak tersusun

SELEPAS:
Rak telah dicat dan pasu bunga telah tersusun. 




Fasa Selepas

Perkara pertama yang telah kami lakukan untuk makmal sains sekolah ini adalah dengan mengecat dalam dan luar makmal sains ini. Untuk bahagian luar makmal sains, kami telah mengecat warna ungu yang lembut bagi memastikan mural yang akan dilukis dapat dilihat oleh murid-murid. Manakala bagi dalam makmal pula, kami telah mengecat makmal sekolah dengan warna hijau untuk mewujudkan suasana yang ceria dan sejuk.

Seterusnya, kami juga telah membersihkan taman herba dan mengemas pasu-pasu yang terdapat di taman tersebut. Kami juga telah mengecat rak bunga pada taman herba tersebut dan telah menghias taman herba dengan rumah-rumah kecil yang telah dibina hasil kerja daripada murid-murid SK Kem Kabota. 




Kemudian, kami pun melukis mural di dinding luar makmal sains sekolah. Untuk mural ini, kami telah berbicang dengan guru-guru sains sekolah dan dengan kata sepakat kami telah memilih mural yang menceritakan tentang rantai makanan.
Di dalam makmal sains pula, kami telah bersama-sama membersihkan makmal sains sekolah ini  termasuk keadaan meja serta bahan dan radas yang tidak tersusun.

Membuat Simbol-simbol Penting untuk Makmal

Setelah mengecat makmal sekolah. Kami telah membuat simbol-simbol penting untuk makmal sekolah ini yang kami fikirkan sesuai untuk makmal sekolah rendah. Kami telah memilih beberapa simbol untuk dilekatkan pada makmal ini seperti simbol Danger, Do Not Waste Water, Flammable, First Aid dan sebagainya. Kami juga telah membuat Peraturan Makmal Sains untuk makmal sekolah ini. Seterusnya, kami telah melekatkan Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif Sains di dinding makmal ini. Sebanyak 5 tema Sains juga dilekatkan di dinding makmal sekolah iaitu Menyiasat Alam Kehidupan, Menyiasat Alam bahan, Menyiasat Bumi dan Alam Semesta, Menyiasat Daya dan Tenaga serta Menyiasat Dunia Teknologi.





Mengecat Makmal Sains

Selepas membersihkan taman herba, kami mulakan kerja-kerja di makmal Sains. Kami telah mengecat semula makmal Sains dengan warna hijau di dalam makmal dan warna ungu di luar makmal.Selain daripada itu, kami juga membuat mural di bahagian luar makmal.









Membersihkan Taman Herba




Taman Herba sekolah berada dalam keadaan yang agak baik namun perlu dibersihkan. Maka, kami bertindak untuk ke sekolah pada hari Sabtu untuk menbersihkan dan mengemaskan peralatan-peralatan yang berada di Taman Herba tersebut. Terdapat beberapa tanaman yang sudah mati kerana sudah lama tidak disiram dan terdapat beberapa pasu yang tidak digunakan. Untuk mengelakkan perkara seperti pembiakan nyamuk dan sebagainya kami memebrsihkan pasu-pasu tersebut dan juga menanam tanaman baru dengan biji benih yang telah kami beli. Kami mendapat bantuan daripada beberapa orang murid sekolah tersebut semasa dalam proses membersihkan Taman Herba tersebut.



Pada masa akan datang, kami akan menyusun tanaman-tanaman sedia ada dan juga yang telah kami tanam pada tempat yang disediakan. 

FASA SEBELUM (Lawatan Pertama ke Makmal Sains Sk Kem Kabota)

Pertama sekali, pada 23 Jun 2011, kami telah melawat makmal sains Sekolah Kebangsaan Kem Kabota ini buat pertama kalinya. Sebelum melawat ke makmal sains sekolah, kami terlebih dahulu telah berjumpa dengan guru besar sekolah ini, Encik Tuan Hj.Mohd.Aminullah Bin Nasir untuk meminta kebenaran beliau untuk melawat makmal sains sekolah tersebut. Kemudian, beliau telah menyerahkan kami kepada salah seorang guru sains sekolah ini iaitu Cikgu Suriati Bungkin untuk dibawa melawat ke  makmal sains sekolah.

Lawatan pertama kami ke makmal sains SK Kem Kabota ini telah memberi peluang kepada kami sendiri untuk melihat keadaan makmal sains sekolah itu. Sehubungan dengan itu, berikut disertakan beberapa keping gambar-gambar kawasan sekeliling dan dalam makmal sains SK. Kem Kabota yang sempat kami ambil pada hari itu.

Dinding luar makmal sains yang dilukis oleh murid-murid sekolah

Antara lukisan-lukisan di dinding sekolah




Taman Herba

Taman Herba

Taman Herba

Taman Herba



Keadaan dalam makmal sains


Keadaan dalam makmal sains

Keadaan dalam makmal sains

Keadaan dalam makmal sains

Keadaan dalam makmal sains (ruang yang agak terhad dan sempit)

Keadaan dalam makmal sains

Keadaan dalam makmal sains

Keadaan dalam makmal sains

Keadaan dalam makmal sains
Kami sekumpulan telah membuat pemerhatian dan pencerapan secara menyeluruh mengenai makmal sains sekolah ini. Sehubungan dengan itu, apa yang dapat kami perhatikan ialah ketidakselesaan makmal sains sekolah ini untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana makmal sains sekolah ini adalah sangat sempit dan mempunyai ruang yang terhad untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains. Kedudukan meja, bahan serta radas yang terlalu banyak menyebabkan limitasi pergerakan dalam makmal sains di samping mewujudkan ketidakselesaan murid-murid untuk menimba ilmu. Selain itu, kami juga mendapati makmal sains sekolah ini adalah sangat panas dan tidak mempunyai pengudaraan yang baik.

Di samping itu, terdapat banyak lagi kekurangan yang dapat diperhatikan dalam makmal sains sekolah ini, iaitu kurangnya aspek penekanan terhdap aspek keselamatan, pencegahan kemalangan, alat-alat pemadam api dan lain-lain lagi. Makmal sains ini juga turut perlu melakukan penambahan kepada carta organisasi makmal yang terlalu kecil, peraturan dan makmal sains dan label-label yang berkaitan dengan makmal sains.
Manakala, di bahagian luar makmal sains juga turut dihiasi dengan taman herba yang mempunyai beberapa jenis tumbuhan. Walaubagaimanapun, keadaan dalam taman herba sekolah ini adalah kurang tersusun dan terjaga dimana terdapat pasu-pasu yang pecah serta tumbuhan-tumbuhan yang telah layu.Dinding makmal sains sekolah juga tidak dihiasi dengan apa-apa mural dan hanya dilukis oleh murid-murid sekolah dengan lukisan-lukisan seperti berudu, ikan kecil dan sebagainya sahaja.

Selepas membuat pemerhatian ini, kami seterusnya mengenalpasti kekangan-kekangan yang mungkin akan kami hadapi untuk melaksanakan projek ini. Pertama sekali sudah tentu kekangan dari aspek kewangan dimana kami memerlukan peruntukan yang lebih untuk menambahbaik makmal sains sedia ada di sekolah ini. Kedua pula, dari aspek ruang dalam makmal sains yang sangat terhad untuk pembelajaran sains murid-murid.
Sehubungan dengan itu, untuk mengatasi masalah ini, ahli kumpulan kami telah mengambil kata sepakat untuk memohon sumbangan daripada pihak PIBG sekolah bagi pelaksanaan projek ini. Selepas kertas  kerja ini diluluskan maka kami pun telah melaksanakan projek kami ini secara berperingkat-peringkat.

Harapan kami, melalui projek ini, kami sedikit-sebanyak dapat membantu pihak sekolah SK. Kem Kabota untuk meningkatkan lagi tahap keselesaan murid dan guru semasa menggunakan makmal sains sekolah. Di samping itu, diharap agar projek ini juga turut menceriakan dan menjadikan makmal sains serta taman herba sekolah ini lebih menarik untuk mempelajari mata pelajaran sains.