Showing posts with label pengenalan. Show all posts
Showing posts with label pengenalan. Show all posts
Peraturan Di Dalam Makmal SK Kem Kabota
1.Murid dilarang masuk ke makmal tanpa kebenaran guru.
2.Murid dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal.
3.Murid dilarang menjalankan eksperimen tanpa kehadiran guru.
4.Sebarang alat atau bahan dalam makmal sains tidak boleh dibawa keluar dari makmal.
5.Murid perlu menjalankan eksperimen dengan berhati-hati.
6.Sisa-sisa eksperimen mestilah dibuang ke dalam tong sampah.
7.Dilarang membuang sisa-sisa sampah ke dalam singki.
8.Sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan atau kerosakan sila laporkan dengan segera kepada guru.
9. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru.
10. Langkah-langkah keselamatan mesti dipatuhi setiap masa.
11.Pastikan makmal sentiasa dalam keadaan bersih & kemas.
Peraturan Sebelum Memasuki Makmal SK Kem Kabota
· Murid dilarang masuk ke makmal tanpa kebenaran guru.
· Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.
· Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.
· Murid hendaklah berbaris sebelum memasuki makmal.
Pengenalan
Subjek SCE 3112 "Pengurusan makmal sains dan sumber' merupakan satu subjek yang wajib dipelajari oleh para pelajar atau guru pelatih PISMP Semester 2 Tahun 3 ini.
Kursus ini secara khususnya membincangkan tentang pengurusan makmal sains dan sumber-sumber,, cara pengendalian selamat bahan-bahan kimia, peraturan dan keselamatan dalam makmal, teknik-teknik asas makmal, pengawetan spesimen biologi, sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran sains, penyediaan dan pindaan sumber-sumber terpilih dan persembahannya.
Untuk memenuhi keperluan proforma SCE 3112 para pelajar justeru telah diberikan satu tugasan projek secara berkumpulan iaitu melawat makmal sains sekolah rendah yang telah mereka pilih seterusnya memberi memberi pendedahan kepada mereka tentang aspek-aspek pengurusan makmal sains yang kondusif dan teratur di samping mengurus dan menyelenggara sumber sains yang ada dalam makmal sains tersebut.
Oleh hal yang demikian, sebelum melaksanakan projek ini, pelajar terlebih dahulu hendaklah didedahkan dengan isi-isi pelajaran dan latihan secara praktikal agar kami mempunyai pengetahuan dan ilmu dalam menjayakan tugasan projek ini. Sehubungan dengan itu, tugasan projek pengintegrasian makmal sains dalam blog ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A pengenalan mengenai tugasan projek, bahagian B nota-nota mengenai tajuk pengurusan makmal sains dan sumber dan akhir sekali bahagian C iaitu prosedur pelaksanaan projek.
Subscribe to:
Posts (Atom)