Pengenalan

Subjek SCE 3112 "Pengurusan makmal sains dan sumber' merupakan satu subjek yang wajib dipelajari oleh para pelajar atau guru pelatih PISMP Semester 2 Tahun 3 ini.

Kursus ini secara khususnya membincangkan tentang pengurusan makmal sains dan sumber-sumber,, cara pengendalian selamat bahan-bahan kimia, peraturan dan keselamatan dalam makmal, teknik-teknik asas makmal, pengawetan spesimen biologi, sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran sains,  penyediaan dan pindaan sumber-sumber terpilih dan persembahannya.

Untuk memenuhi keperluan proforma SCE 3112 para pelajar justeru telah diberikan satu tugasan projek secara berkumpulan iaitu melawat makmal sains sekolah rendah yang telah mereka pilih seterusnya memberi memberi pendedahan kepada mereka tentang aspek-aspek pengurusan makmal sains yang kondusif dan teratur di samping mengurus dan menyelenggara sumber sains yang ada dalam makmal sains tersebut.

Oleh hal yang demikian, sebelum melaksanakan projek ini, pelajar terlebih dahulu hendaklah didedahkan dengan isi-isi pelajaran dan latihan secara praktikal agar kami mempunyai pengetahuan dan ilmu  dalam menjayakan tugasan projek ini. Sehubungan dengan itu, tugasan projek pengintegrasian makmal sains dalam blog ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A pengenalan mengenai tugasan projek, bahagian B nota-nota mengenai tajuk pengurusan makmal sains dan sumber dan akhir sekali bahagian C iaitu prosedur pelaksanaan projek.

No comments:

Post a Comment