Carta Organisasi Panitia Sains Sk Kem Kabota

Peranan dan Tanggungjawab Kakitangan Makmal Sains

Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Sains

 Tugas Ketua Panitia Sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut:
 a) Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan sains
b) Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.
c) Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira dan pelupusan.
d) Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.
e) Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik sains seperti berikut :
·         Pesanan peralatan dan bahan sains
·         Stok makmal sains
·         Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sains
·         Kerosakan dan kehilangan
·         Penyelenggaraan dan pemeriksaan
·         Kemalangan
·         Rekod penggunaan makmal sains 
f) Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna
g) Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas, perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.
h) Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan bilik sains.
i) Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan bilik sains.
j) Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
k) Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitianya dan kakitangan makmal  dan bilik sains.
l) Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya
m) Membantu menyediakan jadual waktu penggunaan makmal dan bilik sains.
n) Merekod dan mengemaskinikan stok makmal dan bilik sains.
o) Menyelaras penggunaan makmal dan bilik sains serta peralatan dan bahan sains di bawah jagaannya.
p) Membantu dalam penyelenggaraan makmal dan bilik sains.
q) Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf untuk guru sains dan kakitangan makmal dan bilik sains berkaitan dengan :
·         Pengurusan makmal dan bilik sains
·         Pengendalian dan penyelenggaraan peralatan
·         Pengendalian dan penyimpanan bahan toksik, radioaktif dan bahan berbahaya yang lain
r) Membantu merancang dan melaksanakan arahan dan peraturan yang berkaitan dengan 
                 makmal dan bilik sains.
s.              Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok tahunan.
t.               Merancang dan mengendalikan PEKA Sains.
u.              Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.

Guru Sains

Guru sains secara automatik menjadi anggota Panitia Sains. Tugas guru sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut :
                                     
a) Mematuhi jadual penggunaan makmal  dan bilik sains.
b) Melaksanakan PEKA Sains.
c) Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains.
d) Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
e) Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan dalam kerja amali serta mengisi borang atau buku pesanan untuk tindakan kakitangan makmal dan bilik sains.
f) Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan dengan betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan.
g) Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Ketua Panitia merekod, menyemak dan  mengemas kini stok.
h) Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains.
i) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.

Pertolongan Cemas dalam Makmal Sains

Peti pertolongan cemas

Peti pertolongan cemas sekurang-kurangnya hendaklah mengandungi benda-benda seperti berikut:

a) Antiseptic

i) Acraflavine yang di gunakan untuk luka baru

ii) Cetavlon (salvon) yang di gunakan sebagi pencuci luka

ii) Eusol yang di gunakan untuk luka lama

b) Cream

i) Burnol

ii) Paraffin Gauge

Kedua-dua untuk rawatan terbakar atau melepuh

c) Jenis balutan

i) Pembalut kain kasa 1 inci, 2 inci dan 3 inci lebar masing-masing

ii) Kain kasa

iii) kapas

iv) Andoh tiga segi

d) Zinc Oxide Plaster

e) Penyepit dan gunting

Prosedur Pertolongan Cemas



Kaedah Rawatan Kebakaran


Kebakaran Ringan
 

Jenis-jenis Kecederaan dan Cara Merawat

Kenali Simbol-Simbol dalam Bilik Sains

Berikut adalah simbol- simbol yang biasanya terdapat dalam sesebuah Bilik Sains.



Di larang membawa makanan dan minuman ke dalam Bilik Sains



Alat Pemadam Api


Pertolongan Cemas


Bahaya



Kitar Semula




Bahaya Voltan Tinggi

Mudah Pecah


Mudah Terbakar


Jangan Membazir Air

Bahaya Elektrik



Cara-cara Menggunakan Alat Pemadam Api

Jenis-jenis kebakaran

Peraturan Di Dalam Makmal SK Kem Kabota


1.Murid dilarang masuk ke makmal tanpa kebenaran guru.

2.Murid dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal.

3.Murid dilarang menjalankan eksperimen tanpa kehadiran guru.

4.Sebarang alat atau bahan dalam makmal sains tidak boleh dibawa keluar dari makmal.

5.Murid perlu menjalankan eksperimen dengan berhati-hati.

6.Sisa-sisa eksperimen mestilah dibuang ke dalam tong sampah.

7.Dilarang membuang sisa-sisa sampah ke dalam singki.

8.Sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan atau kerosakan sila laporkan dengan segera kepada guru.

9. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru.
10. Langkah-langkah keselamatan mesti dipatuhi setiap masa.

11.Pastikan makmal sentiasa dalam keadaan bersih & kemas. 

Sebelum Dan Selepas

Berikut adalah keadaan makmal sebelum dan selepas penambahbaikan.

1. Dinding di Luar Makmal
SEBELUM:
Dinding di luar makmal berwarna kekuningan dan tidak mempunyai mural.


SELEPAS:
Dinding di luar makmal telah di cat semula dengan warna ungu dan telah dilukis mural mengenai Rantai Makanan. 




2. Keadaan di Dalam Makmal
SEBELUM:
Susunan kerusi meja serta alat dan radas sains yang berada di rak bahagian belakang makmal.




SELEPAS:
Susunan dan keadaan kerus meja serta radas dan alat Sains di rak bahagian belakang makmal:


3. Meja Persediaan
SEBELUM:
Makmal Sains tidak mempunyai Meja Persediaan untuk persediaan bahan-bahan eksperimen.

SELEPAS:
Meja Persediaan disediakan di bahagian belakang makmal.

4. Peraturan Makmal
SEBELUM:
Meja untuk menayangkan Alat Bantu Mengajar dan hasil kerja pelajar. 


SELEPAS:
Keadaan meja untuk menayangkan Alat Bantu Mengajar dan hasil kerja pelajar. 


5. Meja sinki 
SEBELUM:
Keadaan meja sinki sebelum penambahbaikan. 

SELEPAS:
Keadaan meja sinki yang telah dilapis dan telah dihiasi dengan 3 buah akuarium yang mempunyai 4 ekor ikan. Tumbuhan dan haiwan yang telah diawet juga diletakkan di meja sinki ini.


6. Carta Organisasi
SEBELUM:
Carta organisasi Panitia Sains

SELEPAS:
Carta Organisasi telah diperbesarkan untuk lebih jelas.




7. Peraturan Sebelum Memasuki Makmal Sains
SEBELUM:
Tiada peraturan sebelum memasuki makmal.

SELEPAS:
Adanya peraturan sebelum memasuki makmal. 


8. Simbol-simbol di makmal
SEBELUM:
Warna simbol telah pudar. 

SELEPAS:


9.Senarai tugas guru di makmal
SEBELUM:
Senarai tugas guru sains di makmal diletakkan di dalam fail.



SELEPAS:
Tugas guru sains di makmal dilekatkan bersebelahan dengan meja guru.

10. Prosedur Pertolongan Cemas dan jenis-jenis kecederaan dan cara merawat.
SEBELUM:
Prosedur pertolongan cemas di dalam peti pertolongan cemas.

SELEPAS:
Prosedur pertolongasn cemas dan jenis-jenis kecederaan serta cara merawat dilekatkan di dinding.


11. Taman Herba
SEBELUM :
Pasu bunga pada rak tidak tersusun

SELEPAS:
Rak telah dicat dan pasu bunga telah tersusun. 




Amali Pengawetan



Pada 30 Jun 2011  , kami telah menjalankan satu amali pengawetan dan pemotongan kaca. Kami telah mempelajari cara-cara untuk melaksanakan pengawetan basah dan kering serta cara-cara memotong kaca untuk membuat peralatan yang boleh digunakan di dalam makmal.


PENGAWETAN KERING


Mematikan spesimen (burung) dengan menggunakan kloroform




Menyediakan spesimen untuk pembedahan mengeluarkan sistem organ dalaman.



Bedah spesimen bermula dari toraks sehingga ke bawah dengan forcep


Keluarkan tulang rusuk spesimen bagi memudahkan proses pengeluaran organ dalaman



Organ dalaman spesimen digantikan dengan kapas yang banyak.


Jahitkan bahagian yang dibedah

Suntikkan spesimen pada bahagian yang lembut dengan larutan formalin 3%

Dirikan spesimen di atas kadbod dengan menggunakan benang dan dawai.
Keringkan spesimen di dalam ketuhar pada julat suhu 50-70 darjah Celsius 


PENGAWETAN BASAH




Spesimen yang telah dimatikan akan disuntik dengan larutan Formalin 4%
di bahagian kepala, tengah badan dan ekor.


Spesimen dimasukkan ke dalam larutan formalin 4 %



Hasil pengawetan basah



Labelkan spesimen yang telah diawet.