Fasa Selepas

Perkara pertama yang telah kami lakukan untuk makmal sains sekolah ini adalah dengan mengecat dalam dan luar makmal sains ini. Untuk bahagian luar makmal sains, kami telah mengecat warna ungu yang lembut bagi memastikan mural yang akan dilukis dapat dilihat oleh murid-murid. Manakala bagi dalam makmal pula, kami telah mengecat makmal sekolah dengan warna hijau untuk mewujudkan suasana yang ceria dan sejuk.

Seterusnya, kami juga telah membersihkan taman herba dan mengemas pasu-pasu yang terdapat di taman tersebut. Kami juga telah mengecat rak bunga pada taman herba tersebut dan telah menghias taman herba dengan rumah-rumah kecil yang telah dibina hasil kerja daripada murid-murid SK Kem Kabota. 




Kemudian, kami pun melukis mural di dinding luar makmal sains sekolah. Untuk mural ini, kami telah berbicang dengan guru-guru sains sekolah dan dengan kata sepakat kami telah memilih mural yang menceritakan tentang rantai makanan.
Di dalam makmal sains pula, kami telah bersama-sama membersihkan makmal sains sekolah ini  termasuk keadaan meja serta bahan dan radas yang tidak tersusun.

No comments:

Post a Comment