FASA SEBELUM (Lawatan Pertama ke Makmal Sains Sk Kem Kabota)

Pertama sekali, pada 23 Jun 2011, kami telah melawat makmal sains Sekolah Kebangsaan Kem Kabota ini buat pertama kalinya. Sebelum melawat ke makmal sains sekolah, kami terlebih dahulu telah berjumpa dengan guru besar sekolah ini, Encik Tuan Hj.Mohd.Aminullah Bin Nasir untuk meminta kebenaran beliau untuk melawat makmal sains sekolah tersebut. Kemudian, beliau telah menyerahkan kami kepada salah seorang guru sains sekolah ini iaitu Cikgu Suriati Bungkin untuk dibawa melawat ke  makmal sains sekolah.

Lawatan pertama kami ke makmal sains SK Kem Kabota ini telah memberi peluang kepada kami sendiri untuk melihat keadaan makmal sains sekolah itu. Sehubungan dengan itu, berikut disertakan beberapa keping gambar-gambar kawasan sekeliling dan dalam makmal sains SK. Kem Kabota yang sempat kami ambil pada hari itu.

Dinding luar makmal sains yang dilukis oleh murid-murid sekolah

Antara lukisan-lukisan di dinding sekolah




Taman Herba

Taman Herba

Taman Herba

Taman Herba



Keadaan dalam makmal sains


Keadaan dalam makmal sains

Keadaan dalam makmal sains

Keadaan dalam makmal sains

Keadaan dalam makmal sains (ruang yang agak terhad dan sempit)

Keadaan dalam makmal sains

Keadaan dalam makmal sains

Keadaan dalam makmal sains

Keadaan dalam makmal sains
Kami sekumpulan telah membuat pemerhatian dan pencerapan secara menyeluruh mengenai makmal sains sekolah ini. Sehubungan dengan itu, apa yang dapat kami perhatikan ialah ketidakselesaan makmal sains sekolah ini untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana makmal sains sekolah ini adalah sangat sempit dan mempunyai ruang yang terhad untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains. Kedudukan meja, bahan serta radas yang terlalu banyak menyebabkan limitasi pergerakan dalam makmal sains di samping mewujudkan ketidakselesaan murid-murid untuk menimba ilmu. Selain itu, kami juga mendapati makmal sains sekolah ini adalah sangat panas dan tidak mempunyai pengudaraan yang baik.

Di samping itu, terdapat banyak lagi kekurangan yang dapat diperhatikan dalam makmal sains sekolah ini, iaitu kurangnya aspek penekanan terhdap aspek keselamatan, pencegahan kemalangan, alat-alat pemadam api dan lain-lain lagi. Makmal sains ini juga turut perlu melakukan penambahan kepada carta organisasi makmal yang terlalu kecil, peraturan dan makmal sains dan label-label yang berkaitan dengan makmal sains.
Manakala, di bahagian luar makmal sains juga turut dihiasi dengan taman herba yang mempunyai beberapa jenis tumbuhan. Walaubagaimanapun, keadaan dalam taman herba sekolah ini adalah kurang tersusun dan terjaga dimana terdapat pasu-pasu yang pecah serta tumbuhan-tumbuhan yang telah layu.Dinding makmal sains sekolah juga tidak dihiasi dengan apa-apa mural dan hanya dilukis oleh murid-murid sekolah dengan lukisan-lukisan seperti berudu, ikan kecil dan sebagainya sahaja.

Selepas membuat pemerhatian ini, kami seterusnya mengenalpasti kekangan-kekangan yang mungkin akan kami hadapi untuk melaksanakan projek ini. Pertama sekali sudah tentu kekangan dari aspek kewangan dimana kami memerlukan peruntukan yang lebih untuk menambahbaik makmal sains sedia ada di sekolah ini. Kedua pula, dari aspek ruang dalam makmal sains yang sangat terhad untuk pembelajaran sains murid-murid.
Sehubungan dengan itu, untuk mengatasi masalah ini, ahli kumpulan kami telah mengambil kata sepakat untuk memohon sumbangan daripada pihak PIBG sekolah bagi pelaksanaan projek ini. Selepas kertas  kerja ini diluluskan maka kami pun telah melaksanakan projek kami ini secara berperingkat-peringkat.

Harapan kami, melalui projek ini, kami sedikit-sebanyak dapat membantu pihak sekolah SK. Kem Kabota untuk meningkatkan lagi tahap keselesaan murid dan guru semasa menggunakan makmal sains sekolah. Di samping itu, diharap agar projek ini juga turut menceriakan dan menjadikan makmal sains serta taman herba sekolah ini lebih menarik untuk mempelajari mata pelajaran sains.



No comments:

Post a Comment