Konsep Bilik Sains



          Bilik Sains biasanya merujuk kepada bilik yang dibina khas untuk pengajaran dan pembelajaran Sains. Bilik Sains biasanya disambung dengan bilik persediaan dan stor masing-masing untuk tujuan menyediakan dan menyimpan alat serta bahan sains.

Di sekolah rendah, Bilik Sains merupakan pengubahsuaian bilik arjah ataupun dibina khas. Meja guru harus sesuai digunakan untuk demonstrasi, manakala meja murid sesuai untuk menjalankan eksperimen, projek dan perbincangan berkumpulan. Selain itu, meja kerusi yang disediakan mudah dialihkan supaya ruang pengajaran dan pembelajaran Sains dapat diubah untuk kegiatan seperti:
1.       Simulasi
2.       Dan main peranan.

           Dibahagian belakang Bilik Sains, almari disediakan untuk menyimpan alat dan bahan Sains yang tidak berisiko tinggi. Di sekitar Bilik Sains, poster, carta model dan hasil kerja murid dipamerkan demi mencabar pemikiran saintifik pelajar. Sudut-sudut sains, pameran dan bacaan juga mencirikan Bilik Sains yang merangsangkan pembelajaran. Selain itu, guru juga boleh menggunakan troli, dulang atau kotak yang bersesuaian untuk membawa alat dan bahan sumber Sains dari Bilik Sains ke bilik darjah yang lain supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat diadakan secara hands-on juga.

No comments:

Post a Comment