Pada 30 Jun 2011 , kami telah menjalankan satu amali pengawetan dan pemotongan kaca. Kami telah mempelajari cara-cara untuk melaksanakan pengawetan basah dan kering serta cara-cara memotong kaca untuk membuat peralatan yang boleh digunakan di dalam makmal.
PENGAWETAN KERING
Mematikan spesimen (burung) dengan menggunakan kloroform
Menyediakan spesimen untuk pembedahan mengeluarkan sistem organ dalaman.
Bedah spesimen bermula dari toraks sehingga ke bawah dengan forcep
Keluarkan tulang rusuk spesimen bagi memudahkan proses pengeluaran organ dalaman
Organ dalaman spesimen digantikan dengan kapas yang banyak.
Jahitkan bahagian yang dibedah
Suntikkan spesimen pada bahagian yang lembut dengan larutan formalin 3%
Dirikan spesimen di atas kadbod dengan menggunakan benang dan dawai.
Keringkan spesimen di dalam ketuhar pada julat suhu 50-70 darjah Celsius
PENGAWETAN BASAH
Spesimen yang telah dimatikan akan disuntik dengan larutan Formalin 4%
di bahagian kepala, tengah badan dan ekor.
Spesimen dimasukkan ke dalam larutan formalin 4 %
Hasil pengawetan basah
Labelkan spesimen yang telah diawet.
No comments:
Post a Comment